JAWATAN KOSONG

Simples Hub memerlukan mereka yg berminat sbg:
1.KREW KIOSK (Part Time).
Sekiranya anda seorg;
1.lelaki
2.menjaga solat 5 waktu.
3.tdk merokok.
4.rajin.
5.amanah
6.komited.
7.jujur
8.mesra pelanggan
Hubungilah 011-17883887 berckp dgn En. Nasir.

Advertisements

4 Mitos Tentang Kopi Yang Perlu Ditolak Hari Ini.

Anda perasan tak cerita-cerita negatif tentang kopi lebih mengatasi cerita positif tentangnya sehingga sekarang menjadi suatu mitos di kalangan semua walaupun cerita negatif itu tidak pernah disokong dengan bukti saintifik.

Ini adalah antara mitos tentang kopi yang biasa kita dengar sedari kecil lagi iaitu:

1. Minum kopi adalah berbahaya kerana ia boleh menyebabkan ketagihan kerana kandungan kafein (caffeine) nya.Kesan ketagihannya sama bahaya seperti dadah yang berbahaya!

2. Ibu bapa tidak digalakkan memberikan minuman yang mengandungi caffeine kepada anak-anak kerana caffeine menyebabkan kanak-kanak menjadi hiperaktif.

3. Ibu-ibu mengandung tidak digalakkan minum kopi atau minuman yang mengandungi caffeine kerana dikhuatiri menyebabkan kesan yang buruk kepada bayi dalam kandungan.

4. Ada juga yang mengatakan bahawa caffeine di dalam kopi boleh menyebabkan kanser payudara di kalangan wanita.

Idea-idea yang tidak sahih itu telah menyebabkan seseorang tidak lagi ingin meminum kopi;seseorang juga mungkin akan mengurangkan minum kopi sekiranya dia merupakan penggemar kopi tegar sebelumnya. Ya, Ia suatu MITOS yang berjaya!

Sekarang, padamkan semua mitos itu sebagai idea lama yang tidak berasas-tiada stand untuk menyokong akan kebenarannya.

Itu semua hanyalah mitos atau idea-idea lama yang telah dibuktikan tidak benar oleh kajian-kajian saintifik yang dilakukan era ini yang mengesahkan bahawa pengambilan secara sederhana iaitu 5 hingga 6 cawan sehari di kalangan kanak-kanak dan wanita mengandung adalah tidak berbahaya sama sekali.
Bahkan kopi memberikan kesan positif yang lain kepada kesihatan kita seperti anti -depresi, antioksidan, anti-keradangan dan anti-kanser.

Jadi, jangan takut minum kopi.

Enjoy your coffee today!

Baca lagi tentang

Smile.

#Simples Hub Buttercoffee.

Source:

Opening Statements by
DR. GABRIEL SILVA LUJAN
GENERAL MANAGER OF THE NATIONAL FEDERATION OF
COFFEE GROWERS OF COLOMBIA
COFFEE AND HEALTH
New Research Findings
Proceedings of the International
Seminar on Coffee and Health
40th Anniversary meeting of the ICO
Cartagena, Colombia, 15 september 2003

Kenapa perlu marketing?

Marketing atau pemasaran adalah salah satu perkara penting yang selalunya dilupakan atau dipandang enteng atau sesuatu yang mungkin tidak diketahui oleh para peniaga bumiputera kita (yang kebanyakannya adalah daripada peniaga kecil-it’s me!).

Kebanyakan daripada kita apabila hendak berniaga, contohnya jika hendak buka restoran, mungkin hanya akan fikir lepas sewa kedai, sediakan kelengkapan untuk menjual, para pekerja, then buka kedai, lepas tu tunggu sahaja pelanggan datang. Kita mungkin fikir lepas buka kedai, semua dah selesai, pelanggan boleh datang berbondong-bondong sebab kita fikir produk kita memang akan laku keras sebab bagi kita orang naaaakk sangat, itu yang sentiasa bermain-main di fikiran kita (‘perasssaaann!) tetapi, itu yang ada kat kepala kita, kat kepala orang tak semestinya; dan inilah kesilapan yang telah kami lalui sebelum ini.

Realitinya, ia tidak semudah yang bermain di minda itu. Nak suruh orang datang beli ke kedai kita memang sussaahh sangat walaupun seorang..Jangan salah faham pula, sebenarnya tak salah kita berimaginasi sedemikian sebab imaginasi lah perkara pertama yang perlu kita lihat untuk berjaya, tetapi imaginasi tersebut perlu dipandu dengan kaedah atau cara untuk mendapatkannya. Maksudnya, jangan terlebih imaginasi, ingat semua simple and senang jer tetapi ia perlu direalisasikan dengan peta yang kita sendiri perlu bina terlebih dahulu. Bak kata mentor, kena ada ilmu kan..

Kadang-kadang, kita tengok orang ada ramai jer, dok lalu lalang depan kedai kita, tetapi diorang lalu seolah-olah macam kedai kita ni tak wujud jer…Jadi, rupanya kena ada cara , kita kena pujuk bakal customer kita sekurang-kurangnya untuk menjenguk kedai kita, itu belum beli lagi..;)

Tak lain tak bukan, untuk memujuk mereka datang ke kedai kita, ini lah yang dinamakan marketing. Bagi saya, saya mendefinisikan sendiri marketing ialah apa-apa sahaja yang boleh kita lakukan untuk menjadikan bakal pelanggan dan pelanggan suka kepada atau suka untuk datang ke kedai kita. Ya, anything..apa-apa sahaja..asalkan tidak terpesong daripada syariat Islam (ini sudah pasti kan…) mahupun undang-undang Malaysia..smile.

Saya ingin kongsikan sedikit ilmu marketing daripada sebuah buku menarik tentang marketing yang saya sempat baca semasa bulan Ramadhan yang lepas, pengarangnya ialah Jackie Jarvis; antara point penting yang boleh saya tuliskan di sini ialah:

Asas marketing ialah
1. Untuk menarik pelanggan baru datang ke kedai
2. Untuk meningkatkan nilai transaksi / nilai pembelian
3. Untuk meningkatkan kekerapan pemebelian untuk customer yang sedia ada

Simply are:
-get new customers
-sell more to existing customers
-sell more often to existing customers.

Jadi, kita boleh tangkap kat sini ialah pelakon utama kita iaitu ‘pelanggan baru’ dan ‘pelanggan sedia ada’.

Maka, buatlah apapun asalkan matlamat di atas itu tercapai. Mengikut pengarang cabaran kita ialah: kita perlu fikir lebih sikit untuk menghasilkan cara marketing yang lebih kreatif.
Kalau tak nak fikir panjang, mungkin 20 tips contoh marketing Dr Azizan ini mungkin memberi sedikit idea untuk kita. Klik di sini. (masukkan link Dr Azizan)

Kami budak baru belajar.

Sebiji Pil Kesabaran

Alhamdulillah, dengan izinNya, hari ini masuk hari yang ke-8 kami membuka kembali kedai Simples Hub setelah lebih kurang sebulan menyepi selepas sambutan yang agak kurang mengalakkan semasa di dalam bulan Ramadhan yang lalu. Ia menyababkan kami terpaksa ‘merehatkan’ perniagaan ini buat seketika. Walaupun seketika terasa begitu lama buat kami.

Di sebalik sambutan yang kurang menggalakkan itu sesungguhnya telah tersingkap sebuah hikmah tersembunyi buat kami yang masih bertatih. Ia adalah masa buat kami bermuhasabah diri dan merenung apakah yang dapat kami lakukan selepas ini untuk memajukan lagi perniagaan ini. Sungguh, ia adalah ujian yang amat getir buat kami memandangkan jualan ini sahajalah makan periuk kami. Bayangkan, bagaimana dengan persiapan raya anak-anak dan yang lain-lain jika tiada sumber? Juga, dengan perbelanjaan dalam bulan puasa tersebut?

Walau bagaimanapun, Alhamdulillah, dengan izin Allah, kami berjaya melalui dan ujian tersebut kami harunginya juga. Faktanya ialah, tahun ini adalah pengalaman Ramadhan dan Raya yang paling tidak dapat saya lupakan, memang mencabar tapi saya dan suami melaluinya dengan penuh kesabaran. Betul, tahun ini buat pertama kalinya, saya dan suami tiada baju raya yang baru..tiada biskut raya, tiada kek raya, mahupun hidangan istimewa hari raya sepertimana sebelumnya..Walau apapun, kami bersyukur dapat juga sediakan baju raya dan kelengkapan lain untuk anak-anak kami..alhamdulillah..ia adalah sedikit daripada hasil wang elaun mengajar tusyen…syukur..pening juga suami mencari sedikit dana untuk menampung perbelanjaan kami selama tidak berniaga, namun tiada lain, perlu redha.

Wahai sahabat yang ingin menceburkan diri dalam berniaga,Inilah realiti perjalanan dalam menjayakan sebuah perniagaan..orang lain yang berniaga yang mana sudah berjaya pasti mengharungi kesusahan yang sama kan? Tiada ubat yang dapat di beli di farmasi,ia ada di dalam diri kita sendiri. Ia dinamakan pil kesabaran. Ia tidak perlu ditelan, diminum, atau di kunyah, ia hanya perlu ditahan. Insha Allah ia cepat sembuh.

next–>kaedah marketing.

Selamat Hari Raya

Kami di Simples Hub inginmengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin.

Semoga Raya kali ini meninggalkan 1001 kenangan indah yang tidak dapat dilupakan buat anda semua.

Nantikan promosi istimewa raya kami nanti. Pastinya memberi lebih nilai buat wang anda.

Simples Hub , so simple so sedap!

It’s Simples Hub. So Simple, So Sedap!

Assalamualaikum, semua. This is our official blog.

Siapakah kami?

Kami ialah Simples Hub.

Apakah yang kami lakukan?

Kepakaran kami adalah membantu penggemar fastfood untuk menikmati menu fast food jenama Muslim yang sedap, ringkas dan mengenyangkan.

Adakah anda yang menjenguk di blog ini kaki fast food? hot dog (kami panggilnya sebagai roti sosej sebab nama hot dog agak sensitiv), burgers, benjo dan apa sahaja yang dinamakan fast food? Marilah jenguk kiosk kecil kami ala-ala drive thru di Kiosk MPKB Simpang Tiga, Pengkalan Chepa (sebelah perhentian bas), Kota Bharu, Kelantan.Jika yang bukan berada di kawasan ini, seandainya berkunjung ke sini, jemputlah singgah ke kedai kami ya!

Saat ini killer menu kami sudah pastinya Roti Sosej Istimewa dan Buttercoffee yang mengancam. Jemput rasa, harga sungguh berpatutan.

banner 2x8

Nanti follow kami untuk more info (promosi dan sebagainya) di:

https://www.facebook.com/simpleshub